Thursday 12 February 2015

Resepi Mudah Udang Masak Sos Black Paper

Panas betul cuaca tengahari ni ya.

Korang dah ada idea ke nak masak hari ni ? Atau dah siap masak?
Pagi tadi suami pergi pasar dan belikan udang dan sayur kangkung.Ligatla saya fikir nak masak apa dengan udang ni.Suami memang tahu saya suka makan udang,mungkin juga sebab itu suami membelikan udang sebagai menu hari ini.

Masakan pulak tidak boleh terlalu pedas,kerana anak perempuan saya anti pedas.Jadi saya rasa Udang masak sos black paper menjadi pilihan. Ibu-ibu yang belum ada idea memasak hari ini boleh la cuba resepi ini .

Udang Masak Sos Black Paper 


1/2kg udang besar
2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Daun bawang

Cara memasak:
1. Panaskan minyak kedalam kuali dan gorengkan bahan hirisan sehingga wangi.
2.Masukkan udang dan goreng sehingga masak.
3.Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam.
4.Masukkan ke dalam kuali dan kacau rata.
5.Masukkan cili merah dan sedia untuk dihidang.
Kawan-kawan cubala mesti tak menyesala. 


No comments:

Post a Comment