Showing posts with label Akademi Bekerja Di Rumah. Show all posts
Showing posts with label Akademi Bekerja Di Rumah. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang

Petang ini saya nak kongsi satu resepi mudah tapi sedapnya boleh menyebabkan suami dan anak-anak tambah nasi,sesuatu yang para ibu dan isteri sukakan.
Petang ini itulah menu kami anak beranak bersama nasi putih, dan sedikit sup sayur untuk anakanda saya yang kecil ni.

Resepi Cencaru Belah Belakang

2 ekor ikan cencaru
2 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili (ikut suka nak pedas atau tak)
Kesemua bahan di atas kisar

Sedikit gula
Sedikit garam
Gaul kesemua bahan kisar tadi bersama gula, dan garam sehingga sebati.

Ikan Cencaru tadi bersihkan dan belah ke dua-dua belah belakangnya untuk disumbat
Bahan kisar tadi. Perap sekejap untuk serasikan rasa rempah kisar tadi dengan ikan.

Selepas itu bolehla mengoreng,pastikan goreng kedua belah untuk ikan masak sekata.

Selamat mencuba.

Thursday, 2 April 2015

Nasi Mandy Ayam Saudi

Nasi Mandy Ayam Saudi yang super sedap. 
Hanya RM 15.00 sekotak dah dapat makan sedap,seramai 4-5orang. 
Dahla nak masaknya mudah,cepat dan yang penting seeedaaap. 
Siapa yang nak rasa boleh WhatsApp saya Syuhaida 019 337 8997.
Saya jamin anda tak akan menyesal cuba dan pasti nak lagi. 



Wednesday, 25 March 2015

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Assalamualaikum saya mulakan bicara petang ini.
Seperti biasa waktu saya menulis dan luangkan masa dengan blog sewaktu anak-anak sedang tidur.

Petang ini suka saya ingin berkongsi perasaan dan pengalaman saya selama saya mengikuti "kelas Asas Blog & Fanpage" bersama guru online saya iaitu Puan Zaila.
Perkenalan berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang.Sewaktu itu saya berada di Johor mengikuti suami bertugas,dan secara tidak sengaja saya bertanya khabar pada sahabat lama yang telah lama tidak berhubung iaitu Puan Mardiana.Perbualan kami berkisahkan tentang kehidupan masing-masing,dan saya menceritakan yang saya telah berhenti berkerja awal tahun 2015,kerana mengikuti suami bertugas.

Dari itulah sahabat yang lebih mesra saya sapa kak na,membuka cerita dan menyuluh jalan perniagaan secara dalam talian yang dia sendiri ceburi dan dia sendiri berada dalam kelompok Akademik Bekerja Di Rumah.Semua ini kerana kebosanan apabila berhenti kerja dan inginkan pendapatan sampingan.Setelah kak na menceritakan kebaikan ABDR saya betul-betul tertarik dan ingin mencuba,kerana rasa tercabar apabila kak na berkata,"kalau tak belajar,memang tak akan pandai". Hari sama saya hubungi cikgu Zaila untuk bertanyakan tentang Kelas yang dianjurkan.
Alhamdulillah sekarang dah hampir 3bulan saya menjadi anak murid pada cikgu Zaila yang sangat baik dan segala urusan pembelajanan ditalian menjadi mudah.Saya sukakan cara belajar yang dibawa oleh cikgu Zaila,kerana masa belajar ditentukan mengikut kelapangan saya sendiri.Itu adalah bonus paling besar bagi saya yang mempunyai anak yang masih kecil.


Saya sangat berpuashati dengan pembelajaran dan tidak rugi saya mendaftar di ABDR.Sangat teruja untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Zaila.Sekarang saya boleh menulis blog dengan cara yang betul dan boleh menggunakan medium Facebook untuk berniaga.Terima kasih Cikgu Zaila.

Kawan-kawan yang ingin memdaftar di Kelas Asas Blog & Fanpage bolehla berhubung dengan Cikgu Zaila yang baik hati di Facebook beliau FB Guru Online Puan Zaila.