Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang

Petang ini saya nak kongsi satu resepi mudah tapi sedapnya boleh menyebabkan suami dan anak-anak tambah nasi,sesuatu yang para ibu dan isteri sukakan.
Petang ini itulah menu kami anak beranak bersama nasi putih, dan sedikit sup sayur untuk anakanda saya yang kecil ni.

Resepi Cencaru Belah Belakang

2 ekor ikan cencaru
2 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili (ikut suka nak pedas atau tak)
Kesemua bahan di atas kisar

Sedikit gula
Sedikit garam
Gaul kesemua bahan kisar tadi bersama gula, dan garam sehingga sebati.

Ikan Cencaru tadi bersihkan dan belah ke dua-dua belah belakangnya untuk disumbat
Bahan kisar tadi. Perap sekejap untuk serasikan rasa rempah kisar tadi dengan ikan.

Selepas itu bolehla mengoreng,pastikan goreng kedua belah untuk ikan masak sekata.

Selamat mencuba.

Thursday, 2 April 2015

Nasi Mandy Ayam Saudi

Nasi Mandy Ayam Saudi yang super sedap. 
Hanya RM 15.00 sekotak dah dapat makan sedap,seramai 4-5orang. 
Dahla nak masaknya mudah,cepat dan yang penting seeedaaap. 
Siapa yang nak rasa boleh WhatsApp saya Syuhaida 019 337 8997.
Saya jamin anda tak akan menyesal cuba dan pasti nak lagi. 



Thursday, 26 March 2015

Pes Nasi Arab Siap Beras

Pes Nasi Arab Siap Beras.
- Pelbagai pilihan pes nasi arab jenama Al Bayt

- Terdiri daripada 
Nasi Mandy (Ayam),
 Nasi Mandy (Kambing),
Nasi Maqluba (Ayam) &
 Nasi Kabsah (Ayam)

- Mengandungi beras basmathi & rempah nasi arab
- Cara untuk memasak ada tertulis di kotak
- Sekotak boleh makan untuk 5-6 orang

Harga sekotak : RM15
Kos pos (1 kotak) : RM7
Kos pos (2 kotak) : RM10
Kos pos (3-4 kotak) : RM15
Kos pos (5-6 kotak) : RM16 (citylink)
Kos pos (10-20 kotak) : RM22 (citylink)

Berminat dan pertanyaan boleh hubungi saya : 
WhatsApp / SMS  019 337 8997

Pes Nasi Arab Siap Beras


Langkah mudah menyediakan nasi arab
Langkah mudah menyediakan nasi arab


Nasi Arab siap untuk dijamu.


Thursday, 12 February 2015

Resepi Mudah Udang Masak Sos Black Paper

Panas betul cuaca tengahari ni ya.

Korang dah ada idea ke nak masak hari ni ? Atau dah siap masak?
Pagi tadi suami pergi pasar dan belikan udang dan sayur kangkung.Ligatla saya fikir nak masak apa dengan udang ni.Suami memang tahu saya suka makan udang,mungkin juga sebab itu suami membelikan udang sebagai menu hari ini.

Masakan pulak tidak boleh terlalu pedas,kerana anak perempuan saya anti pedas.Jadi saya rasa Udang masak sos black paper menjadi pilihan. Ibu-ibu yang belum ada idea memasak hari ini boleh la cuba resepi ini .

Udang Masak Sos Black Paper 


1/2kg udang besar
2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Daun bawang

Cara memasak:
1. Panaskan minyak kedalam kuali dan gorengkan bahan hirisan sehingga wangi.
2.Masukkan udang dan goreng sehingga masak.
3.Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam.
4.Masukkan ke dalam kuali dan kacau rata.
5.Masukkan cili merah dan sedia untuk dihidang.
Kawan-kawan cubala mesti tak menyesala. 


Tuesday, 3 February 2015

Resepi Apam Balik

Assalamualaikum.

Entri ringkas.
Sebenarnya saya duduk berfikir menu minum petang ni.Kena pulak hujan renyai-renyai automatik perut pandai minta makan.

Rasa nak makan Apam Balik.Tapi malas nak keluar sebab hari hujan.Jadi apa lagi belek buku resepi la saya =). Belek punya belek ada Resepi ringkas Apam Balik. Alahamdulilah.Jom kita cuba.

Resepi Apam Balik
Bahan A

2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Bahan B

2 Cawan susu segar atau pun 1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C

1 cawan jagung krim


Jom kita mulakan.

Cara membuat:
1.Gaulkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
2.Masukkan semua bahan B dan kacau rata.
3.Panaskan kuali non-stik dan sendukkan adunan.
4.Tutup kuali non-stik dan biarkan adunan tiga suku masak.
5. Letakkan jagung krim
6.Lipat dan hidang.


Semudah ABC kan. Jemput makan suami dan anak-anak mama sayang. Mama masak dengan kasih sayang ni tau.Rujukan Chef Hanieliza