Wednesday 12 August 2015

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang

Petang ini saya nak kongsi satu resepi mudah tapi sedapnya boleh menyebabkan suami dan anak-anak tambah nasi,sesuatu yang para ibu dan isteri sukakan.
Petang ini itulah menu kami anak beranak bersama nasi putih, dan sedikit sup sayur untuk anakanda saya yang kecil ni.

Resepi Cencaru Belah Belakang

2 ekor ikan cencaru
2 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili (ikut suka nak pedas atau tak)
Kesemua bahan di atas kisar

Sedikit gula
Sedikit garam
Gaul kesemua bahan kisar tadi bersama gula, dan garam sehingga sebati.

Ikan Cencaru tadi bersihkan dan belah ke dua-dua belah belakangnya untuk disumbat
Bahan kisar tadi. Perap sekejap untuk serasikan rasa rempah kisar tadi dengan ikan.

Selepas itu bolehla mengoreng,pastikan goreng kedua belah untuk ikan masak sekata.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment