Tuesday 3 February 2015

Ibu Bekerja dan Ibu Sebagai Suri Rumah.

Assalamaulaikum.

Pagi ini sekali lagi saya mengambil sedikit masa bersama anak-anak untuk menitipkan sedikit pengalaman saya selama sebulan bergelar suri rumah sepenuh masa.

Untuk pengetahuan sahabat,sebelum ini saya adalah seorang ibu berkerjaya dalam bidang Ukur tanah dan menulis lukisan kejuruteraan.Akhir tahun 2013 saya telah membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya apabila agak terpaksa berhenti bekerja atas desakan suami setelah sekian lama. Keputusan yang berat tetapi demi suami dan anak-anak maka tertulisla surat berhenti kerja dari saya untuk majikan.

Sebenarnya bukalan soal terlalu selesa dengan perbelanjaan sekarang mendorong suami untuk meminta saya berhenti kerja,tetapi kerana suami mahukan saya dan anak-anak dekat dengannya.Kami sejak berkahwin hampir 5 tahun kami belum pernah tinggal sebumbung.Semua ini atas tuntukan kerja masing-masing.Suami di Johor dan saya di Terengganu,rasanya tidak adil untuk anak-anak saya.Perjalanan dari Johor ke Terengganu memakan masa selama 9 jam. Allahurabbi jauhnya. Sebulan sebelum saya mengambil keputusan berhenti bekerja,saya mengambil cuti seminggu ke Johor dengan membawa anak-anak, alahai kesian sangat anak-anak lemau dalam kereta,siap bangun tidur bertanyakan "mama, jauh lagi ke nak sampai?" Saya amik masa seminggu untuk proses penyesuaian untuk diri saya dengan menguruskan anak sendirian,

Apa yang boleh saya simpulkan suri rumah lagi sibuk dari bekerja dipejabat.Entah kenapa saya rasakan kerja rumah saya tak pernah habis.Penat dan kelam kabut saya menguruskan anak-anak diwaktu pagi.Sampaikan diri saya kusut masai =) dek kerana sibuknya menguruskan rumahtangga sendirian.Dua orang anak dah buat saya kusut masai , alahai macam mana la kalu 6orang anak.Berat badan saya turun sebanyak 2kg dalam masa 3 minggu tanpa diet.Ini semua kerana saya langsung tak sempat untuk makan pagi dan makan tengahari.Saya menunggu suami balik dari kerja jam 6.30 petang untuk makan.Di sini la perlunya pengurusan masa yang betul. Sekarang Alahamdulillah sedikit terurus dan saya telah boleh mengikut rentak sebagai suri rumah.
Huru haranya saya tika ini =0

Insyallah sedikit masa lagi semuanya akan baik-baik sahaja dan saya bersedia untuk mencari duit poket dengan membuat perniagaan secara dalam talian.Insyallah.
My Zahra


No comments:

Post a Comment