Thursday 12 February 2015

Petua Dapatkan Kulit Bersih

Siapa tak nak kan kulit muka dan badan ysng bersihkan.Sebelum ini saya ada kongsikan petua atau cara untuk putihkan kulit tanpa perlukan modal yang besar,iaitu dengan mandi susu.
Hari ini saya kongsi cara saya untuk dapatkan kulit muk yang bersih tanpa perlukan modal,maklumla sekarang ini lambakkan produk dipasaran terlalu banyak dan sukar untuk membuat pilihan yang tepat dan serasi dengan kita dan yang penting mampu untuk kita miliki.

Bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu pucuk jambu batu.Apa? Pucuk jambu batu? Apa kena mengena pucuk jambu batu dengan nak dapatkan kulit yang bersih dan mampu mengurangkan jerawat ni, mengarut la.. har korang jangan terkejut pucuk jambu batu sangat membantu.Sebenarnya banyak keguanan pucuk jambu batu dalam kecantikan..caranya mudah,cuma perlu tumbuk pucuk jambu batu tadi dengan sedikit air,setelah lumat bolehla korang sapu kat muka dan tenyeh tenyeh lembut kat bahagian yang ada banyak blackhead dan whitehead.Biarkan seketika dan bilas dengan air sejuk,korang akan rasa kelembutaknya.Kalau diamalkan insyallah kulit kita akan putih bersih tanpa perlukan modal.

Nak cantik tak semestinya perlukan modal yang banyak dan produk kosmetik yang macam macam,cukup dengan petua tradisional dan rajin amalkan.Janganla korang harapkan kulit korang putih bersih dengan sekali buat.Kosmetik adakala akan merosakkan kulit kita tanpa sedar dengan bahan yang ada dalam sesuatu produk tersebut.

Dah tahu tu bolehla cuba cara saya ini ya kawan kawan..ilmu dan petua yang baik patut dikongsikan bersama barula dianya dapat di manafaatkan bersama..

No comments:

Post a Comment