Monday 16 February 2015

Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh

Berbaloikah hubungan jarak jauh.
Serius je bunyi tajuk entri petang ni kan.Saya sebagai seorang isteri jarak jauh selama 5tahun dan masih lagi dengan cara itu sampai saat ini memandang tajuk ini,sebagai nikmat yang terselindung disebalik jarak.

Sejujurnya tak semua isteri mampu melangkah sendirian dalam melayari kehidupan sebagai seorang isteri,ibu,ayah dan kawan pada anak.Ada kenalan saya sendiri memandang jarak kami sebagai garis serong sebuah perhubungan perkahwinan.Buat apa kahwin kalau sorang di timur sorang di selatan?  Adakah yang memandang lagi sakit dari yang merasa? Dek kerana rezeki kami berlainan tempat maka dengan ikhlas suami isteri sangguh berjauhan.Alhamdulillah semua baik-baik sahaja setakat ini.

Sepanjang mengandung dahulu saya tidakla semanja isteri yang suaminya disisi, saya lebih banyak berdikari,alhamdulillah Allah permudahkan urusan seharian saya,sehinggakan diberikan kekuatan bekerja sehingga bersalin tanpa cuti rehat.Dengan banyak pergerakan dipermudahkan bersalin dan suami diberi rezeki untuk temani saya mrlahirkan zuriat keduanya.

Perjalanan 9jam dari Johor ke Terengganu cukup memenatkan,itulah jarak kami hari ni.Andai berlaku kecemasan saya mestilah pantas dan tidak mudah panik,contoh terbaru anak sulong saya tertelan syiling 10sen dan terpaksa dibuat pembedahan kecil.Saya sebagai isteri cuba sampaikan berita itu kepada suami dengan cara tenang agar suami dapat menerima berita dengan tenang,walaupun hakikat syiling itu mampu menutup saluran pernafasan anak.Anak dibedah tanpa suami disisi.Hanya mama sebagai peneman.

Bagi saya hubungan ini berbaloi.sesekali jumpa kami lebih mesra dan jarang bergaduh hal hal yang tidak wajar..



No comments:

Post a Comment