Monday 2 February 2015

Ibubapa Guru Pertama Anak

Assalamualaikum.

Petang ini saya curi sedikit masa untuk update blog baru saya ini,sementara anak-anak saya masih dibuai mimpi.

Disini saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu kepada dua orang anak.Untuk pengetahuan kawan-kawan anak pertama saya seorang puteri yang dilahirkan hujung bulan Disember 2011, dan si putera saya pulak dilahirkan pada awal tahun iaitu hujung bulan Januari 2014.

Permerhatin saya tentang cara mendidik anak secara tidak formal dalah sangat menakjubkan.Segala perlakuan dan percakapan saya dan suami diikuti.Ibu bapa sebagai guru pertama anak-anak.
Sekarang anak sulong saya berumur 3tahun 1 bulan, atau kata mudah 4tahun dan telah menghadirkan diri ke sekolah PASTI,saya menggangap sebagai Playschool untuk dia.
Dengan unur Zahra sekarang saya sebagai ibu agak kagum, apabila dia boleh menyebut dan mengenali perkataan seperti, Rice, Spoon,Milk, Eat,Table,Book,Car,Cat, dan boleh dikatakan semua binatang Zahra boleh kenali dalam bahasa Inggeris.

Saya fikir budak-budak pasti menghafal, dan saya menguji Zahra dengan bertanya

Mama: Zahra rice tu ape?
Zahra: rice tu nasi la mama.

Dan seterusnya saya bertanyakan semua perkataan Zahra,allahmdulilah semua betul dan bermakna Zahra faham apa yang dia cakapkan. Sewaktu kecil dulu saya tersalah didik dengan memperkenalkan Zahra kepada gadget,dan dia leka dengan dunia dia,Susah payah saya nak hilangkan ketagihan gadget dia dan sekarang Zahra dah bebas dari gadget.Sebenarnya gadget bukanlah satu kesilapan jika digunakan dalam pengawasan kita sebagai ibubapa,kerana Zahra banyak dapat ilmu dari gadget.

Satu lagi perlakua dan percakapan kita dihaapan anak-anak mestilah membeikan contoh yang baik dan berlandaskan agama, insyallah eloklah perlakuan anak-anak kita.




Email: syuhaidabtyusof@gmail.com
Tel : 019 337 8997

No comments:

Post a Comment