Friday 6 February 2015

Belajar A B C

Salam semau.Sihat ke pagi ini?
Cuaca tempat anda macam mana? Saya di Kuala Terengganu allhamdulillah panas tetapi berangin sejuk,mungkin sebab dah dekat dengan tahun baru cina agaknya.Kebiasaanya macam tu la.

Tengahari ini mesti ibu-ibu sibuk memasak didapur, dan tak kurang juga sedang mencari menu untuk dimasak.Kami di Kuala Terengganu cuti pada hari Jummat.Masa bersama anak-anak bagi ibubapa yang berkerja.

Tengahari ni anak saya si Zahra ajak saya temani dia belajar A B C, mama nak tak nak ikutkn juga demi menyokong semangat belajar dia.Anak-anak perlukan sokongan untuk sesuatu yang dia buat.Makin bersemangatla dia untuk belajar menulis A B C, mama pun senang hati melihat perkembangan Zahra.

Ibubapa jangan pandang remeh ajakan anak untuk temani dia menjalani aktiviti seremeh itu dimata kita orang dewasa.Kesudian kita menemai si anak sangat besar erti dan kesanya kepada perkembangan anak.

Sesekali seronok juga mewarna menulis seperti anak kecil.Mama suka.Anda pulak macam mana? Secara tidak langsung ia membuatkan anak-anak jatuh minat untuk terus belajar,jangan lupa sedikit pujuan untuk dia sekiranya apa yang dia buat itu betul.

No comments:

Post a Comment