Thursday, 26 February 2015

Tips Memaksimakan Ruang Almari Anda

Tidak cukup ruang untuk menyimpan pakaian seringkali terjadi pada kaum hawa. Saya pun alami perkara yang sama.
Disini saya ada berapa tips mudah untuk maksimakan ruang dalam almari anda dengan cara kreatif.Antara langkah tersebut seperti.

1.Mengunakan gelung langsir lama dan disangkut pada penyakut baju,cara ini dapatla anda mengantungkan tudung atau skaft pada gelung tersebut.

2.Mengunakan tab tin minuman untuk dijadikan penyakut tumpang.

3.Bagi memudahkan supaya untuk mencari stoking atau apa sahaja helaian yang nipis dan kecil, gulung dan susun kedalam gelung paip PVC yang dipotong sama rata.

4.Lipat baju dengan memastikan agar corak pakaian mudah dinampak supaya kamu tidak lupa akan pakaian yang kamu ada.
Anda boleh cuba berapa langkah ini,almari anda pasti kemas,mudah untuk mencari dan yang penting jimat ruang.

Untuk lebih tips harian bolehlah ke fanpage saya dengan klik link dibawah. Terima kasih.

Tips Suri Rumah Moden





Monday, 16 February 2015

Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh

Berbaloikah hubungan jarak jauh.
Serius je bunyi tajuk entri petang ni kan.Saya sebagai seorang isteri jarak jauh selama 5tahun dan masih lagi dengan cara itu sampai saat ini memandang tajuk ini,sebagai nikmat yang terselindung disebalik jarak.

Sejujurnya tak semua isteri mampu melangkah sendirian dalam melayari kehidupan sebagai seorang isteri,ibu,ayah dan kawan pada anak.Ada kenalan saya sendiri memandang jarak kami sebagai garis serong sebuah perhubungan perkahwinan.Buat apa kahwin kalau sorang di timur sorang di selatan?  Adakah yang memandang lagi sakit dari yang merasa? Dek kerana rezeki kami berlainan tempat maka dengan ikhlas suami isteri sangguh berjauhan.Alhamdulillah semua baik-baik sahaja setakat ini.

Sepanjang mengandung dahulu saya tidakla semanja isteri yang suaminya disisi, saya lebih banyak berdikari,alhamdulillah Allah permudahkan urusan seharian saya,sehinggakan diberikan kekuatan bekerja sehingga bersalin tanpa cuti rehat.Dengan banyak pergerakan dipermudahkan bersalin dan suami diberi rezeki untuk temani saya mrlahirkan zuriat keduanya.

Perjalanan 9jam dari Johor ke Terengganu cukup memenatkan,itulah jarak kami hari ni.Andai berlaku kecemasan saya mestilah pantas dan tidak mudah panik,contoh terbaru anak sulong saya tertelan syiling 10sen dan terpaksa dibuat pembedahan kecil.Saya sebagai isteri cuba sampaikan berita itu kepada suami dengan cara tenang agar suami dapat menerima berita dengan tenang,walaupun hakikat syiling itu mampu menutup saluran pernafasan anak.Anak dibedah tanpa suami disisi.Hanya mama sebagai peneman.

Bagi saya hubungan ini berbaloi.sesekali jumpa kami lebih mesra dan jarang bergaduh hal hal yang tidak wajar..



Thursday, 12 February 2015

Petua Dapatkan Kulit Bersih

Siapa tak nak kan kulit muka dan badan ysng bersihkan.Sebelum ini saya ada kongsikan petua atau cara untuk putihkan kulit tanpa perlukan modal yang besar,iaitu dengan mandi susu.
Hari ini saya kongsi cara saya untuk dapatkan kulit muk yang bersih tanpa perlukan modal,maklumla sekarang ini lambakkan produk dipasaran terlalu banyak dan sukar untuk membuat pilihan yang tepat dan serasi dengan kita dan yang penting mampu untuk kita miliki.

Bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu pucuk jambu batu.Apa? Pucuk jambu batu? Apa kena mengena pucuk jambu batu dengan nak dapatkan kulit yang bersih dan mampu mengurangkan jerawat ni, mengarut la.. har korang jangan terkejut pucuk jambu batu sangat membantu.Sebenarnya banyak keguanan pucuk jambu batu dalam kecantikan..caranya mudah,cuma perlu tumbuk pucuk jambu batu tadi dengan sedikit air,setelah lumat bolehla korang sapu kat muka dan tenyeh tenyeh lembut kat bahagian yang ada banyak blackhead dan whitehead.Biarkan seketika dan bilas dengan air sejuk,korang akan rasa kelembutaknya.Kalau diamalkan insyallah kulit kita akan putih bersih tanpa perlukan modal.

Nak cantik tak semestinya perlukan modal yang banyak dan produk kosmetik yang macam macam,cukup dengan petua tradisional dan rajin amalkan.Janganla korang harapkan kulit korang putih bersih dengan sekali buat.Kosmetik adakala akan merosakkan kulit kita tanpa sedar dengan bahan yang ada dalam sesuatu produk tersebut.

Dah tahu tu bolehla cuba cara saya ini ya kawan kawan..ilmu dan petua yang baik patut dikongsikan bersama barula dianya dapat di manafaatkan bersama..

Vitamin Shaklee

Siapa disini pengguna SHAKLEE?

Mesti ramaikan pengguna setia Shaklee.Saya salah seorang pengguna setia produk dari Shaklee.
Saya juga seorang ahli Shaklee.Nak order dengan saya bolehla ya.

Pengalaman saya makan vitamin dan multivitamin dari Shaklee benar-benar memberi kesan yang baik kepada saya sehinggakan saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli Shaklee. Saya menggunakan produk Shaklee selepas bersalinkan si Zhafran yang sekarang berumur setahun. Dugaan saya dalam menjaga anak adalah anak-anak saya suka berjaga malam sehingga 3,4 pagi. Amat memenatkan.Alhamdulillah dengan vitamin dan multivitamin Vita-lea banyak membantu memberi tenaga kepada saya.ESP Soy pula sangat best,kerana susu badan saya melimpah-limpah untuk si Zhafran.Boleh pam dan simpan untuk bekalan dia.

Boleh dikatakan saya mengambil satu set lengkap produk Shaklee selepas bersalin sehingga sekarang.Siapa yang belum cuba meh la cuba tak rugi.Dengan vitamin yang boleh tahan sampai 3bulan,berbaloi-baloi.

Syuhaida binti Yusof
ID No : 1135496
Email : syuhaidabtyusof@gmail.com
Tel : 019 337 8997

Resepi Mudah Udang Masak Sos Black Paper

Panas betul cuaca tengahari ni ya.

Korang dah ada idea ke nak masak hari ni ? Atau dah siap masak?
Pagi tadi suami pergi pasar dan belikan udang dan sayur kangkung.Ligatla saya fikir nak masak apa dengan udang ni.Suami memang tahu saya suka makan udang,mungkin juga sebab itu suami membelikan udang sebagai menu hari ini.

Masakan pulak tidak boleh terlalu pedas,kerana anak perempuan saya anti pedas.Jadi saya rasa Udang masak sos black paper menjadi pilihan. Ibu-ibu yang belum ada idea memasak hari ini boleh la cuba resepi ini .

Udang Masak Sos Black Paper 


1/2kg udang besar
2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Daun bawang

Cara memasak:
1. Panaskan minyak kedalam kuali dan gorengkan bahan hirisan sehingga wangi.
2.Masukkan udang dan goreng sehingga masak.
3.Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam.
4.Masukkan ke dalam kuali dan kacau rata.
5.Masukkan cili merah dan sedia untuk dihidang.
Kawan-kawan cubala mesti tak menyesala. 


Friday, 6 February 2015

Kulit Putih Bersih

Selamat malam semua.
Dah bersedia nak layan Maharajalawak mega akhir ke tu? Saya layan anak je ni,kurusla mama asyik turun naik tangga kejar anak yang tengah aktif ni.

Siapa sini nak kulit putih dan cantik tanpa perlukan modal yang besar dan tidak perlu ke spa untuk buat treatment semua tu. Semua perempuan sekarang sukakam kecantikan dan mahukan wajah putih bersihkan.

Apakata ikut cara saya amalkan,kulit saya tak la terlalu cantik tapi alhamdulillah sihat lagi setakat ini. Cara saya mudah sahaja,seminggu sekali saya lumurkan badan dan muka saya dengan susu tepung. Iya susu tepung.Sama macam mandi susula.Mandi susu sangat berkesan untuk cerahkan kulit tau.
Selain itu dia mudah diamalkan dan sangat murah.

Sesiapa nak kulit putih bersih bolehla cuba cara saya ini itu saja yang saya ingin kongsikan pada malam ini. Entri pendek tapi ada rahsianya 😊. Selamat mencuba.


Belajar A B C

Salam semau.Sihat ke pagi ini?
Cuaca tempat anda macam mana? Saya di Kuala Terengganu allhamdulillah panas tetapi berangin sejuk,mungkin sebab dah dekat dengan tahun baru cina agaknya.Kebiasaanya macam tu la.

Tengahari ini mesti ibu-ibu sibuk memasak didapur, dan tak kurang juga sedang mencari menu untuk dimasak.Kami di Kuala Terengganu cuti pada hari Jummat.Masa bersama anak-anak bagi ibubapa yang berkerja.

Tengahari ni anak saya si Zahra ajak saya temani dia belajar A B C, mama nak tak nak ikutkn juga demi menyokong semangat belajar dia.Anak-anak perlukan sokongan untuk sesuatu yang dia buat.Makin bersemangatla dia untuk belajar menulis A B C, mama pun senang hati melihat perkembangan Zahra.

Ibubapa jangan pandang remeh ajakan anak untuk temani dia menjalani aktiviti seremeh itu dimata kita orang dewasa.Kesudian kita menemai si anak sangat besar erti dan kesanya kepada perkembangan anak.

Sesekali seronok juga mewarna menulis seperti anak kecil.Mama suka.Anda pulak macam mana? Secara tidak langsung ia membuatkan anak-anak jatuh minat untuk terus belajar,jangan lupa sedikit pujuan untuk dia sekiranya apa yang dia buat itu betul.