Selamat malam semua.
Dah bersedia nak layan Maharajalawak mega akhir ke tu? Saya layan anak je ni,kurusla mama asyik turun naik tangga kejar anak yang tengah aktif ni.
Siapa sini nak kulit putih dan cantik tanpa perlukan modal yang besar dan tidak perlu ke spa untuk buat treatment semua tu. Semua perempuan sekarang sukakam kecantikan dan mahukan wajah putih bersihkan.
Apakata ikut cara saya amalkan,kulit saya tak la terlalu cantik tapi alhamdulillah sihat lagi setakat ini. Cara saya mudah sahaja,seminggu sekali saya lumurkan badan dan muka saya dengan susu tepung. Iya susu tepung.Sama macam mandi susula.Mandi susu sangat berkesan untuk cerahkan kulit tau.
Selain itu dia mudah diamalkan dan sangat murah.
Sesiapa nak kulit putih bersih bolehla cuba cara saya ini itu saja yang saya ingin kongsikan pada malam ini. Entri pendek tapi ada rahsianya 😊. Selamat mencuba.
Diari Mama dan Online Shop adalah sebuah blog milik surirumah sepenuh masa,dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Online. Email : syuhaidabtyusof@gmail.com Tel : 019 337 8997 (Call,WhatApps)
Friday, 6 February 2015
Belajar A B C
Salam semau.Sihat ke pagi ini?
Cuaca tempat anda macam mana? Saya di Kuala Terengganu allhamdulillah panas tetapi berangin sejuk,mungkin sebab dah dekat dengan tahun baru cina agaknya.Kebiasaanya macam tu la.
Tengahari ini mesti ibu-ibu sibuk memasak didapur, dan tak kurang juga sedang mencari menu untuk dimasak.Kami di Kuala Terengganu cuti pada hari Jummat.Masa bersama anak-anak bagi ibubapa yang berkerja.
Tengahari ni anak saya si Zahra ajak saya temani dia belajar A B C, mama nak tak nak ikutkn juga demi menyokong semangat belajar dia.Anak-anak perlukan sokongan untuk sesuatu yang dia buat.Makin bersemangatla dia untuk belajar menulis A B C, mama pun senang hati melihat perkembangan Zahra.
Ibubapa jangan pandang remeh ajakan anak untuk temani dia menjalani aktiviti seremeh itu dimata kita orang dewasa.Kesudian kita menemai si anak sangat besar erti dan kesanya kepada perkembangan anak.
Sesekali seronok juga mewarna menulis seperti anak kecil.Mama suka.Anda pulak macam mana? Secara tidak langsung ia membuatkan anak-anak jatuh minat untuk terus belajar,jangan lupa sedikit pujuan untuk dia sekiranya apa yang dia buat itu betul.

Wednesday, 4 February 2015
Tips Minum 3 Liter Air Sehari
Salam Rabu semua.Selama Thaipusam korang kemana? Seronokkan dapat rehat setelah penat bertapa dipejabat.Pagi ini saya ingin berkongsi cara saya habiskan 3 liter air putih dalam masa sehari. Sebenarnya saya sedang berdiet, sebab itu terlintas nak kongsikan tips dan kebaikan air putih untuk badan kita.Tahu tak badan kita memerlukan 1 liter air putih untuk setiap 25kg berat badan kita? Berat badan korang berapa kg? Kirala keperluan air untuk badan korang.
Untuk pengetahuan anda air putih mampu membakar lemak-lemak dalam badan kita,selain selain itu manafaat meminum air putih antaranya mencegah sakit kepala, melindungi jantung,meningkatkan ketajaman otak,dapat mengurangkan berat badan,menghilangkan racun dalam badan,meningkatkan tenaga dan mampu mencantikan kulit kita,suka kan kulit cantik.Apa lagi jangan pandang rendah pada air putih.
Cara saya untuk habiskan 3litr air putih dalam masa 1 hari seperti ini, tidak terlalu memaksa, tetapi amalan ini lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan adakala terlebih 3liter sehari dengan cuaca panas sekarang.

Mudahkan? Tak mungkin tak mampu habiskan. Saya sendiri apabila cukup 3 liter sehari, automatik apabila minum air putih rasa macam manis =) .Kulit pun dah tak kecut lagi dek kerana aircond. Anda cubala,pasti anda akan rasakan perubahanya dan sukakanya.
Satu lagi suka saya ingatkan apabila kita ada menganbil suppliment atau vitamin tak kisahla dari brand ape sekalipun jangan lupa untuk minum air putih secukupnya untuk merasai kebaikan dari vitamin dan supliment yang kita ambik, selain itu dia mampu menjaga buah pinggang kita untuk berfungsi sempurna dan sistem peghadaman baik.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh la hubungi saya seperti dibawah.
Syuhaidabtyusof@gmail.com
Syuhaida
019 337 8997
Sms/WhatApps
Tuesday, 3 February 2015
Resepi Apam Balik
Assalamualaikum.
Entri ringkas.
Sebenarnya saya duduk berfikir menu minum petang ni.Kena pulak hujan renyai-renyai automatik perut pandai minta makan.
Rasa nak makan Apam Balik.Tapi malas nak keluar sebab hari hujan.Jadi apa lagi belek buku resepi la saya =). Belek punya belek ada Resepi ringkas Apam Balik. Alahamdulilah.Jom kita cuba.
Resepi Apam Balik
Bahan A
2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
Bahan B
2 Cawan susu segar atau pun 1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak
2 biji telur
Bahan C
1 cawan jagung krim
Jom kita mulakan.
Cara membuat:
1.Gaulkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
2.Masukkan semua bahan B dan kacau rata.
3.Panaskan kuali non-stik dan sendukkan adunan.
4.Tutup kuali non-stik dan biarkan adunan tiga suku masak.
5. Letakkan jagung krim
6.Lipat dan hidang.
Semudah ABC kan. Jemput makan suami dan anak-anak mama sayang. Mama masak dengan kasih sayang ni tau.Rujukan Chef Hanieliza

Ibu Bekerja dan Ibu Sebagai Suri Rumah.
Assalamaulaikum.
Pagi ini sekali lagi saya mengambil sedikit masa bersama anak-anak untuk menitipkan sedikit pengalaman saya selama sebulan bergelar suri rumah sepenuh masa.
Untuk pengetahuan sahabat,sebelum ini saya adalah seorang ibu berkerjaya dalam bidang Ukur tanah dan menulis lukisan kejuruteraan.Akhir tahun 2013 saya telah membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya apabila agak terpaksa berhenti bekerja atas desakan suami setelah sekian lama. Keputusan yang berat tetapi demi suami dan anak-anak maka tertulisla surat berhenti kerja dari saya untuk majikan.
Sebenarnya bukalan soal terlalu selesa dengan perbelanjaan sekarang mendorong suami untuk meminta saya berhenti kerja,tetapi kerana suami mahukan saya dan anak-anak dekat dengannya.Kami sejak berkahwin hampir 5 tahun kami belum pernah tinggal sebumbung.Semua ini atas tuntukan kerja masing-masing.Suami di Johor dan saya di Terengganu,rasanya tidak adil untuk anak-anak saya.Perjalanan dari Johor ke Terengganu memakan masa selama 9 jam. Allahurabbi jauhnya. Sebulan sebelum saya mengambil keputusan berhenti bekerja,saya mengambil cuti seminggu ke Johor dengan membawa anak-anak, alahai kesian sangat anak-anak lemau dalam kereta,siap bangun tidur bertanyakan "mama, jauh lagi ke nak sampai?" Saya amik masa seminggu untuk proses penyesuaian untuk diri saya dengan menguruskan anak sendirian,
Apa yang boleh saya simpulkan suri rumah lagi sibuk dari bekerja dipejabat.Entah kenapa saya rasakan kerja rumah saya tak pernah habis.Penat dan kelam kabut saya menguruskan anak-anak diwaktu pagi.Sampaikan diri saya kusut masai =) dek kerana sibuknya menguruskan rumahtangga sendirian.Dua orang anak dah buat saya kusut masai , alahai macam mana la kalu 6orang anak.Berat badan saya turun sebanyak 2kg dalam masa 3 minggu tanpa diet.Ini semua kerana saya langsung tak sempat untuk makan pagi dan makan tengahari.Saya menunggu suami balik dari kerja jam 6.30 petang untuk makan.Di sini la perlunya pengurusan masa yang betul. Sekarang Alahamdulillah sedikit terurus dan saya telah boleh mengikut rentak sebagai suri rumah.
Huru haranya saya tika ini =0
Insyallah sedikit masa lagi semuanya akan baik-baik sahaja dan saya bersedia untuk mencari duit poket dengan membuat perniagaan secara dalam talian.Insyallah.
My Zahra
Monday, 2 February 2015
Ibubapa Guru Pertama Anak
Assalamualaikum.
Petang ini saya curi sedikit masa untuk update blog baru saya ini,sementara anak-anak saya masih dibuai mimpi.
Disini saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu kepada dua orang anak.Untuk pengetahuan kawan-kawan anak pertama saya seorang puteri yang dilahirkan hujung bulan Disember 2011, dan si putera saya pulak dilahirkan pada awal tahun iaitu hujung bulan Januari 2014.
Permerhatin saya tentang cara mendidik anak secara tidak formal dalah sangat menakjubkan.Segala perlakuan dan percakapan saya dan suami diikuti.Ibu bapa sebagai guru pertama anak-anak.
Sekarang anak sulong saya berumur 3tahun 1 bulan, atau kata mudah 4tahun dan telah menghadirkan diri ke sekolah PASTI,saya menggangap sebagai Playschool untuk dia.
Dengan unur Zahra sekarang saya sebagai ibu agak kagum, apabila dia boleh menyebut dan mengenali perkataan seperti, Rice, Spoon,Milk, Eat,Table,Book,Car,Cat, dan boleh dikatakan semua binatang Zahra boleh kenali dalam bahasa Inggeris.
Saya fikir budak-budak pasti menghafal, dan saya menguji Zahra dengan bertanya
Mama: Zahra rice tu ape?
Zahra: rice tu nasi la mama.
Dan seterusnya saya bertanyakan semua perkataan Zahra,allahmdulilah semua betul dan bermakna Zahra faham apa yang dia cakapkan. Sewaktu kecil dulu saya tersalah didik dengan memperkenalkan Zahra kepada gadget,dan dia leka dengan dunia dia,Susah payah saya nak hilangkan ketagihan gadget dia dan sekarang Zahra dah bebas dari gadget.Sebenarnya gadget bukanlah satu kesilapan jika digunakan dalam pengawasan kita sebagai ibubapa,kerana Zahra banyak dapat ilmu dari gadget.
Satu lagi perlakua dan percakapan kita dihaapan anak-anak mestilah membeikan contoh yang baik dan berlandaskan agama, insyallah eloklah perlakuan anak-anak kita.
Email: syuhaidabtyusof@gmail.com
Tel : 019 337 8997

Thursday, 29 January 2015
Pengenalan
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Terima kasih kerana sudi singgah diblog saya yang tidak seberapa ini =)
Sebelum itu saya ingin memperkenalkan siapa saya disebalik MAMA KIDDO. Nama saya iaitu Syuhaida binti Yusof, berasal dari Kuala Terengganu.Seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Tujuan saya membina blog ini adalah kerana minat saya dalam perniagaan secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai "online".Selain itu saya juga sedang mencari pendapatan sampingan untuk diri sendiri, kerana sebelum ini saya adalah seorang yang bekerja.
Saya akan ceritakan secara terperinci tentang produk yang saya akan jual tidak lama lagi =).
Dan sebelum saya menamatkan entri pertama saya ini di sini saya tinggalkan alamat email saya seperti dibawah.
Email : syuhaidabtyusof@gmail.com
No H/P : 019 337 8997 (Syuhaida Yusof)
Subscribe to:
Posts (Atom)