Tuesday 3 March 2015

Tips Urus Anak Yang Sedang Aktif

Petang ini sekali lagi saya diberi peluang dan ruang untuk berkongsi tips menguruskan anak yang sedang aktif,sementara anak-anak aktif saya sedang dibuai mimpi indah.

Pengalaman pertama menguruskan anak selama 14jam sehari secara sendirian,dengan dua orang anak yang sedang membesar dan sangat aktif.Minggu pertama menguruskan anak sendirian sudahnya saya tidak mampu untuk menyediakan menu untuk makan tengahari atau pun malam.Semua gara-gara terlalu stress melihat anak-anak memanjat sana sini dan sebagainya.

Minggu kedua saya mula mendapat rentak,apabila saya lebih ingatkan diri untuk bertenang melihat kkeadaan rumah yang tak ubah seperti tongkang pecah.Teruk sangat bunyinyakan.Tapi itula hakikatnya,dah namanya pun anak-anak.Walaupun begitu keadaan rumah saya saat saya sibuk memasak didapur,tapi saya sangat berpuashati kerana suami saya pualng dari kerja dapat menjamah masakan dari air tangan saya sendiri tanpa perlu membeli makanan luar sebagai menu makan malam kami 4 beranak.Walaupun penat tapi puashati.

Cara saya mudah sahaja,biarkan sahaja apa yang hendak dimainkan atau dimakan oleh anak-anak,janji ia bukan sesuatu yang bahaya dan ianya adalah selamat.Walaupun saya memasak awal,jangan risau semua menu boleh dipanaskan dengan mudah dan cepat,jadi suami dan anak-anak tak la nikmati makan malam dengan lauk dan nasi sejuk.

Selesai memasak,saya akan pastikan anak-anak stop bermain untuk suapkan makan tengahari mereka berdua,sesudah itu saya akan biarkan mereka bermain sekitar 15minit sebelum saya mandikan mereka berdua.Bunyinya agak mudah dan teraturkan.Itu semua mengambil masa untuk dibiasakan.Selepas dimandikan dan disiapkan,saya akan sembahyang zohor dengan diperhatikan oleh anak-anak,si kakak adakala mengikut sama saya bersolat.

Sekitar jam 3petang pula saya adakan cuba pastikan anak-anak tidur,seperti waktu saya menulis entri ini,sebelum saya menulis tadi saya pastikan semua rumah telah dikemas dan mop lantai dek kotoran makanan anak-anak tadi.Begitula cara saya menguruskan anak-anak sehingga jam ini.Dan menunggu mereka bangun dari tidur dan meneruskan aktiviti mereka.Hari petang saya akan bawa anak-anak keluar dihadapan rumah untuk menikmati udara dan bermain sementara makan petang dan mandi.Allahamdulillah saya sekarang enjoy dengan menguruskan anak-anak sendirian setelah memilih untuk berhenti berkerja.

Untuk tips yang lebih banyak boleh like fanpage saya iaitu Tips Suri Rumah Moden

Email:syuhaidabtyusof@gmail.com
Tel : 0193378997

1 comment: