Monday 23 March 2015

Cara Atasi Tekanan Perasaan Seorang Ibu Moden

Selamat petang semua.

Petang ini sekali lagi saya diberi peluang untuk menulis diruangan ini,setelah hampir sebulan menyepi dek kerana line internet yang tidak mengizinkan saya. Kebetulan tempat tinggal suami saya bekerja agak pendalaman.

Semalam saya sekeluarga selamat sampai ke kampung saya di Kuala Terengganu.Alhamdulillah hilang penat 13jam didalam kereta dengan anak-anak aktif saya.Meredah meredah perjalanan yang panjang memang suatu yang memenatkan.

Sepanjang saya berada di kawasan yang menghadkan pengunaan internet cukup membuat saya stress kerana banyak kerja dan urusan tergendala dan menjadi agak sukar.Hilang istilah hanya dihujung jari .
Tetapi semua sterss itu saya atasi dengan cara menaman pokok bunga dan meriadah bersama anak-anak saya dirumah.Alhamdulillah semua stress mampu di atasi,cuma kadang-kadang datang jugak stress tu.hehe

Hampir sebulan saya berjaya menanam pokok bunga ros jepun,bunga matahari,bunga delima yang super cantik dan sepokok lada.Semua dalam keadaan sihat subur.
Bukan semua tekanan itu membawa kepada keburukan kalu kita pandai mengatasinya dengan cara yang positif.Semuanya memberikan seribu satu kebaikan, hubungan dengan anak perempuan seperti kawan bila bercerita tentang bunga yang kami tanam,dan menjadi sangat gembira apabila bunga yang ditanam mula berbunga,secara tidak langsung saya menamankan sifat sukakan alam sekitar padanya.



No comments:

Post a Comment