Showing posts with label Suri Rumah Moden. Show all posts
Showing posts with label Suri Rumah Moden. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang

Petang ini saya nak kongsi satu resepi mudah tapi sedapnya boleh menyebabkan suami dan anak-anak tambah nasi,sesuatu yang para ibu dan isteri sukakan.
Petang ini itulah menu kami anak beranak bersama nasi putih, dan sedikit sup sayur untuk anakanda saya yang kecil ni.

Resepi Cencaru Belah Belakang

2 ekor ikan cencaru
2 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili (ikut suka nak pedas atau tak)
Kesemua bahan di atas kisar

Sedikit gula
Sedikit garam
Gaul kesemua bahan kisar tadi bersama gula, dan garam sehingga sebati.

Ikan Cencaru tadi bersihkan dan belah ke dua-dua belah belakangnya untuk disumbat
Bahan kisar tadi. Perap sekejap untuk serasikan rasa rempah kisar tadi dengan ikan.

Selepas itu bolehla mengoreng,pastikan goreng kedua belah untuk ikan masak sekata.

Selamat mencuba.

Thursday, 2 April 2015

Nasi Mandy Ayam Saudi

Nasi Mandy Ayam Saudi yang super sedap. 
Hanya RM 15.00 sekotak dah dapat makan sedap,seramai 4-5orang. 
Dahla nak masaknya mudah,cepat dan yang penting seeedaaap. 
Siapa yang nak rasa boleh WhatsApp saya Syuhaida 019 337 8997.
Saya jamin anda tak akan menyesal cuba dan pasti nak lagi. 



Wednesday, 25 March 2015

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Assalamualaikum saya mulakan bicara petang ini.
Seperti biasa waktu saya menulis dan luangkan masa dengan blog sewaktu anak-anak sedang tidur.

Petang ini suka saya ingin berkongsi perasaan dan pengalaman saya selama saya mengikuti "kelas Asas Blog & Fanpage" bersama guru online saya iaitu Puan Zaila.
Perkenalan berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang.Sewaktu itu saya berada di Johor mengikuti suami bertugas,dan secara tidak sengaja saya bertanya khabar pada sahabat lama yang telah lama tidak berhubung iaitu Puan Mardiana.Perbualan kami berkisahkan tentang kehidupan masing-masing,dan saya menceritakan yang saya telah berhenti berkerja awal tahun 2015,kerana mengikuti suami bertugas.

Dari itulah sahabat yang lebih mesra saya sapa kak na,membuka cerita dan menyuluh jalan perniagaan secara dalam talian yang dia sendiri ceburi dan dia sendiri berada dalam kelompok Akademik Bekerja Di Rumah.Semua ini kerana kebosanan apabila berhenti kerja dan inginkan pendapatan sampingan.Setelah kak na menceritakan kebaikan ABDR saya betul-betul tertarik dan ingin mencuba,kerana rasa tercabar apabila kak na berkata,"kalau tak belajar,memang tak akan pandai". Hari sama saya hubungi cikgu Zaila untuk bertanyakan tentang Kelas yang dianjurkan.
Alhamdulillah sekarang dah hampir 3bulan saya menjadi anak murid pada cikgu Zaila yang sangat baik dan segala urusan pembelajanan ditalian menjadi mudah.Saya sukakan cara belajar yang dibawa oleh cikgu Zaila,kerana masa belajar ditentukan mengikut kelapangan saya sendiri.Itu adalah bonus paling besar bagi saya yang mempunyai anak yang masih kecil.


Saya sangat berpuashati dengan pembelajaran dan tidak rugi saya mendaftar di ABDR.Sangat teruja untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Zaila.Sekarang saya boleh menulis blog dengan cara yang betul dan boleh menggunakan medium Facebook untuk berniaga.Terima kasih Cikgu Zaila.

Kawan-kawan yang ingin memdaftar di Kelas Asas Blog & Fanpage bolehla berhubung dengan Cikgu Zaila yang baik hati di Facebook beliau FB Guru Online Puan Zaila.

Tuesday, 24 March 2015

Ladang Buaya Teluk Sengat,Johor.

Selamat petang!
Mood seronok sebab bebas menggunakan kemudahan internet apabila berada di kampung halaman,dengan anak-anak yang sedang dibuai mimpi.

Petang ini saya suka untuk menceritakan pengalaman kami sekeluarga melawat ladang buaya di Teluk Sengat,Johor.Ladang buaya terbesar di Malaysia.Perjalanan kami dari Bandar Penawar mengambil masa 40minit untuk samapi kesana.

Mengikut pembacaan saya pada papan kenyataan yang memamparkan info tentang ladang buaya tersebut,ladang ini menempatkan hampir 1000 ekor buaya pelbagai saiz dan umur.Antara yang tertua berusia 155 tahun dan tidak lagi memiliki gigi.=)

Kunjungan kami secara tidak dirancang kerana saya merasakan semua itu buang masa,tapi tidak bagi anak-anak yang secara smulajadinya kanak-kanak memang sukakan binatang.
Alahamdulillah sayu pun mendapat ilmu tentang buaya,dan kami sekeluarga berasa seronok dengan kunjungan tersebut.

Bila hari minggu itula aktiviti kami bersama,selain bermain layang-layang dipantai Desaru.
Kawan-kawan bolehla bawa anak-anak kesana dengan kos tiket RM8 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak.Semasa kunjungan kami,saya perhatikan ramai pengunjung dari negara jiran iaitu Singapura berkunjung kesitu.

Pengalaman yang bermakna.





Monday, 23 March 2015

Cara Atasi Tekanan Perasaan Seorang Ibu Moden

Selamat petang semua.

Petang ini sekali lagi saya diberi peluang untuk menulis diruangan ini,setelah hampir sebulan menyepi dek kerana line internet yang tidak mengizinkan saya. Kebetulan tempat tinggal suami saya bekerja agak pendalaman.

Semalam saya sekeluarga selamat sampai ke kampung saya di Kuala Terengganu.Alhamdulillah hilang penat 13jam didalam kereta dengan anak-anak aktif saya.Meredah meredah perjalanan yang panjang memang suatu yang memenatkan.

Sepanjang saya berada di kawasan yang menghadkan pengunaan internet cukup membuat saya stress kerana banyak kerja dan urusan tergendala dan menjadi agak sukar.Hilang istilah hanya dihujung jari .
Tetapi semua sterss itu saya atasi dengan cara menaman pokok bunga dan meriadah bersama anak-anak saya dirumah.Alhamdulillah semua stress mampu di atasi,cuma kadang-kadang datang jugak stress tu.hehe

Hampir sebulan saya berjaya menanam pokok bunga ros jepun,bunga matahari,bunga delima yang super cantik dan sepokok lada.Semua dalam keadaan sihat subur.
Bukan semua tekanan itu membawa kepada keburukan kalu kita pandai mengatasinya dengan cara yang positif.Semuanya memberikan seribu satu kebaikan, hubungan dengan anak perempuan seperti kawan bila bercerita tentang bunga yang kami tanam,dan menjadi sangat gembira apabila bunga yang ditanam mula berbunga,secara tidak langsung saya menamankan sifat sukakan alam sekitar padanya.